Sup sayur fishball homemade merupakan antara menu diet yang sesuai. Lagi berkesan, sekiranya fishball itu di buat sendiri kerana khasiatnya lebih terjaga dan segar.

Tahukah anda? Sebenarnya kita boleh cuba untuk membuatnya sendiri di rumah. Bahan dan caranya pun mudah. Semudah abc dan 123. Mesti terkejut punya bila tengok resepi di bawah nanti. Yang paling penting bolehlah digunakan serta merta di dalam sup sayur nanti.

Buat mak-mak yang ingin naikkan selera makan anak-anak pun boleh mencuba menu sup sayur ini tau. InsyaAllah anak-anak akan suka.

Apa lagi jom tengok resepi Sup Sayur Fishball Homemade ini. Resepi homemade yang berkhasiat ini daripada Suzana Othman. Untuk perasa, terpulang pada masing-masing ya. Boleh jer kalau nak kecualikan ajinomoto tu tau.

Resepi Sup Sayur Fishball Homemade

Sup sayur fishball homemade

Imej via facebook

Bahan-bahan fishball homemade:

  • 3 hiris ikan tenggiri (Buang tulangnya)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
  • ajinomoto (pilihan)
  • secubit serbuk lada hitam

 

Cara-caranya:

  1. Tumbuk atau kisarkan isi ikan tenggiri.
  2. Kemudian, tambahkan tepung jagung, garam, ajinomoto dan serbuk lada hitam.
  3. Gaulkan adunan sehingga sebati.
  4. Bentukkan adunan isi ikan tadi menjadi bentuk bebola. Jangan lupa basahkan tangan untuk memudahkan proses membentuk bebola.
  5. Dah siap. Boleh ketepikan.

 

Bahan-bahan Sup Sayur:

  • Fishball homemade tadi
  • 3 biji bawang kecil-hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • Ikan bilis
  • 3 pokok sawi pak choy-potong
  • Lobak merah-hiris

Cara-caranya:

  1. Gorengkan bawang kecil dan bawang putih hingga layu, angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
    Kemudian, didihkan air menggunakan periuk. Masukkan bawang dan ikan bilis yang dah digoreng.
  3. Masukkan fishball tadi. Masak sehingga fishball timbul.
  4. Dah timbul, boleh masukkan sayur. Perasakan sup. Tutup api.
  5. Taburkan daun bawang atau daun sup ketika menghidang.

Dah siap. Mudahkan? Untuk jenis-jenis sayur, bolehlah tukar atau tambahkan sayur-sayur yang bersesuai untuk dimasukkan ke dalam sup sayur.

Selain resepi sup sayur fishball homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.