Holla! Hidangan sedap ala western berikut ini patut anda cuba. Apakah anda suka meatball? Ataukah anda suka cheese? Macam mana kalau meatball cheese? Mesti suka ya.

Meatball and cheese lovers inilah masanya anda berseronok kerana kami akan hadirkan resepi super mabeles meatball bolognese cheese! Di mana resepi ini mendapat perkongsian 16K di laman Facebook dikongsikan oleh Anith Syazwani.

Rupanya, resepinya sangatlah mudah teramat! Chicken meatball digoreng dan disalut dengan cheese mozzarella dan dibakar. Bahan-bahanya pula sangatlah mudah. Namun rasanya macam restoran 5 stars ala Pizza Hut.

Sila dapatkan resepi meatball cheese sedap, mudah dan lazat pada perkongsian di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Chicken Meatball Bolognese Cheese

meatball cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bebola ayam/daging,
  • 1 tin sos bolognese Prego,
  • ½ cawan susu segar,
  • 1 biji bawang holland (potong dadu),
  • 1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu),
  • Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar),
  • Mozarella cheese.

    meatball cheese

    Imej via Facebook

Cara-cara :

  1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
  2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
  3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
  4. Jika sudah layu, masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.

    meatball cheese

    Imej via Facebook

  5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  6. Terus masukkan ½ cawan susu segar dan lada hitam.
  7. Bila sos bolognese sudah masak, terus tuangkan ke dalam aluminium foil sehingga menutupi meatball.

    meatball cheese

    Imej via Facebook

  8. Taburkan cheese. Bakar selama 10-15 minit pada suhu 170 °C.
  9. Siap.

    meatball cheese

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi meatball bolognese cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.