Jom kurus!

Mencari resepi untuk diet yang gerenti berjaya? Kami ada solusinya. Resepi diet yang boleh anda cuba.

Sup sayur cendawan, ialah antara resepi sup yang amat berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Khairuzetti Zaini ialah pemilik resepi yang berkongsikan cara diet sihat dengan sup sayur cendawan di laman Facebook.

Menurutnya, makan sup sayur cendawan 3-4 kali seminggu untuk dapatkan keberkesanan yang optimum. Jika mengamalkan cara ini, anda dapat mempertahankan berat badan tetap kurus sampai bila-bila.

Bagaimana tidak,  Zaini mampu mempertahankan berat 45 kg walaupun umur sudah mencecah 40 dan 4 anak. Anda pula mesti boleh!

Amalkan gaya hidup sihat dengan makan sup sayur cendawan. Semoga berjaya.

Resepi Sup Sayur Cendawan

sup cendawan ayam

Imej via Facebook

Bahan A :

  • 4-5 ulas bawang putih tumbuk pecah, (khasiat: bakar lemak dan buang kolestrol).
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah, (khasiat : bakar lemak).
  • 2 batang serai diketuk (khasiat: awet muda, membakar lemak, membantu sistem pencernaan dan membuang angin dalam badan).
  • 1 sudu besar minyak jagung.

Bahan B :

  • 100 gram isi ayam potong halus. Rendam dengan tepung gandum selama ½ jam bagi hilang lendir ayam. Rendaman ke-2 rendam dengan air garam 10 minit kemudian dicuci bersih untuk buang kesan ubat antibiotik dicucuk pada ayam).
  • 1.5 L air tapis.

Bahan C :

  • Sawi.
  • Cendawan tiram (khasiat: awet muda).
  • Gula kelapa perang organik secukup rasa.
  • Garam bukit imalaya (pink) secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk masukkan minyak masak.
  2. Tumis bahan A sehingga kekuningan.
  3. Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak.
  4. Masukkan air, bagi mendidih.
  5. Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut.
  6. Masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.
  7. Bila sudah suam sedikit masukkan gula perang dan garam bukit.

Tips :

  • Tidak boleh makan nasi, cepat naik berat. Makan sup sayur ini saja tanpa nasi.
  • Boleh makan dengan nasi, tapi tidak boleh lepas pukul 6 petang. Maka sesuaikanlah resepi ini untuk diri sendiri.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup sayur cendawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.