Musim hujan hirup sup ketam panas-panas memang terbaik. Jom buat sup ketam hari ini?

Sup ketam sedap amat merangsang selera. Diperbuat daripada rempah sup yang beraroma. Lembut daging ketam enak diratah macam itu sahaja. Daging yang ada di kaki-kaki ketam pula sedap. Bahkan kuahnya enak dihirup hingga tetes terakhir.

Resepi sup ketam yang dikongsikan oleh Mas Aura‎ di laman Facebook ini amat sedap dan patut cuba. Tidak hanya orang dewasa, bahkan anak-anak juga suka sup ketam. Bahkan ada yang percaya bahawa sup ketam boleh mengobati/mencegah demam denggi.

Sila cuba resepi di bwah ini dan selamat menjamu selera dengan sup ketam lazat. Dihidangkan bersama telur dadar dan sambal belacan.

Resepi Sup Ketam Mudah

sup ketam

Imej via Facebook

Bahan Tumis :

  • Halia,
  • Bawang putih,
  • Bawang merah,

Bahan Utama :

  • Ketam 2 ekor (bersihkan),
  • Bawang Holland (potong 4),
  • Serbuk rempah sup babas (3 sudu),
  • Ubi kentang (potong),
  • Carrot (potong),
  • Air,
  • Minyak masak,
  • Daun sup,
  • 1 batang celery,
  • Limau nipis sebiji.

Cara-cara :

  1. Tumis hirisan bawang merah, putih, halia dan 4 sekawan hingga sedikit garing.
  2. Masukkan air.
  3. Tambah serbuk sup.
  4. Masukkan carrot dan ubi kentang.
  5. Masukkan ketam.
  6. Biar sehingga mendidih.
  7. Perah limau nipis dan perasakan garam.
  8. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng dan cili.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup ketam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.