Resepi sup ayam ini pasti membuatkan perut anda gembira.
Sup adalah menu yang biasa terdapat dalam kebanyakkan masakan seluruh dunia. Ada pelbagai versi sup, ada yang menggunakan daging kambing seperti sup kambing yang berasal daripada India.
Ia mengandungi kandungan rempah yang banyak dan sedikit pedas. Manakala ada sup jernih seperti sup sayur dari China. Ia mengandungi bahan yang ringkas seperti bawang putih, lada sulah, ikan bilis dan sayur-sayuran. Selain daripada sup sayur, sup ikan juga ringkas dan mudah.
Sup ayam adalah antara sup yang paling mudah namun tetap menjadi kegemaran ramai orang. Ia terkenal di serata dunia. Lazimnya bahan asasnya hanyalah bawang merah, bawang putih, halia serta ayam.
Namun atas kreativiti, pelbagai bahan ditambah untuk menaikkan aroma dan sekali gus mempengaruhi rasanya. Ayam pula boleh diganti dengan ayam kampung atau ayam belanda. Ikutlah selera dan kreativiti anda.
Jom cuba resepi sup ayam istimewa ini. Cara menyediakannya yang membuatkan sup ayam ini sedap & wangi.
Resepi ini telah dikongsi oleh Lin Zalika dan telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook.
Selain daripada resepi sup ayam ini, terdapat juga beberapa resepi lain yang mudah dan menarik untuk anda cuba. Jadi, jangan lupa tekan dan share artikel artikel ini ya! Selamat mencuba!