Sekarang ini makanan korea semakin popular di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali golongan anak muda. Contoh menu yang agak popular di kedai makanan korea adalah Soondubu Jigae atau dikenali sebagai Tofu Beef Stew. Tapi yelah kan zaman kegawatan ekonomi ini kenalah jimat-jimat kan, tambah-tambah yang berkeluarga ramai, nak makan selalu tak boleh lah kan. Jadi kena lah masak sendiri kan? Tak susah pun janji kena ada pes gochujang. Resepi yang dikongsikan oleh Nur Fairuza ini untuk dua orang makan tau. Jom tengok resepinya.

Resepi Soondubu Jigae

Soondubu Jigae
Imej via Google Image

Bahan-bahan:

  • 2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • halia sikit (tumbuk halus)
  • 1/2 kiub pti ikan bilis
  • 1 sudu makan pes gochujang
  • daging (hiris nipis)
  • tofu jepun lembut
  • cendawan enoki
  • garam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Tumiskan bahan tumbuk (bawang putih+halia) dengan sedikit minyak. Tak perlu garing sangat.
  2. Selepas itu, masukkan pes gochujang. Memang akan berketul-ketul. Teruskan mengacau.
  3. Masukkan air secawan penuh atau ikut suka nak cair atau pekat. Kacau sehingga pes larut.
  4. Masukkan kiub pati ikan bilis.
  5. Masukkan cendawan enoki, daging dan tofu. Kuatkan api sekejap. Sambil itu letak garam. Tak perlu banyak garam sebab pes dah berperisa.
  6. Selepas itu, biarkan sehingga menggelegak atau sehingga daging masak. Tutup api. Tabur daun bawang yang dihiris dan juga biji bijan.

Siap. Mudah kan? Sekelip mata sahaja dah siap. Nak lebihkan lauk dan cendawan pun boleh. Pasti lagi puas hati. Makan pula dengan nasi panas-panas. Nak lagi terasa sedapnya bolehlah beli beras korea jepun.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Soondubu Jigae, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.