Solok lada merupakan sejenis hidangan tradisional melayu. Ia juga dikenali sebagai lada sumbat. Masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana.
Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Solok lada biasanya dimakan bersama nasi kerabu.
Selain nasi kerabu, solok lada juga sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato dan lain-lain. Dijadikan lauk dimakan bersama nasi putih dan kuah kari pun sedap.
Tanpa membuat anda tertunggu, di bawah ini kami kongsikan resepi solok lada mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Sharifah Sury di laman Facebook. Selamat mencuba.
Selain resepi solok lada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.