Rasa-rasa macam nak makan sizzling yee mee ala-ala kat kedai tuh. Tapi tak ada hotplate untuk sizzling. Jangan risau, boleh jer kalau nak buat sizzling yee mee hotpot. Bahan-bahan pun mudah sangat.

Resepi mudah ini dikongsikan oleh Mar Maria. Selamat mencuba.

Sizzling Yee Mee Hotpot

Bahan-bahannya:

  • 1 paket yee mee/sapo mee (maggi mee pun boleh)
  • 5 ketul ayam (potong kecik2)
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 2 cm halia potong nipis
  • 5 tangkai cili kering (dipotong 2, nak pedas boleh lebihkan)
  • 5 keping cendawan shitake (rendam dulu, potong 4)
  • 1 kiub ayam
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos tiram/sos seafood
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • lada sulah , garam, gula & perasa cukup rasa
  • 3 atau 4 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
  • telur
  • sawi dicelur sekejap
  • cili padi untuk hiasan

Cara-cara penyediaannya:

  1. Masukkan minyak sikit untuk menumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap masin, manis, pekat, minyak bijan & air
  3. Selepas itu masukkan ayam dan kiub ayam serta cendawan shitake.
  4. Biarkan didih dan ayam tu masak.
  5. Kemudian, masukkan garam, gula, lada sulah dan perasa secukup rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kalau nak pekatkan lagi, boleh tambah lagi bancuhan tepung jagung nya.
  7. Didihkan lagi dan tutup api.
  8. Celur yee mee dengan air panas dan toskan.
  9. Guna periuk kecik lain untuk masak kuah anggaran satu pinggan.
  10. Didihkan, letakkan sebiji telur. Agak-agak telur dah masak atau separuh masak (ikut kesukaan), bolehlah tuangkan ke dalam pinggan yang telah diisi yee mee.
  11. Letakkan sawi yang dah dicelur dan tabur cili padi.

Selamat mencuba.

Resepi Menarik yang Lain

Selain daripada resepi ini, terdapat juga resepi-resepi menarik yang lain untuk dicuba. Jangan lupa untuk kongsikan dengan yang lain. Sharing is caring. Selamat mencuba. Dan satu lagi terima kasih lah sebab sudi melawat blog kami nih.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.