Anda teringin memakan ikan siakap stim limau? Hari ini kami akan mengongsikan kepada anda resepi ikan siakap stim limau ala Thai. Resepinya sangat mudah semudah abc sahaja.

Ikan siakap ialah jenis ikan air tawar dan laut. Daging ikan siakap yang sangat lembut jika dimasak menjadikan ikan ini sangat favorit dikalangan ramai. Sekarang masanya anda mencuba memasak ikan siakap dengan resepi stim limau ala thai ini.

Resepi yang dikongsikan oleh Nursyahida Ieyda FazLieyda di Facebook ini sangat padu dan menyelerakan! rasa asam dari limau dalam kuahnya, sangat membangkitkan selera. Jemput baca dan mencuba resepi ini.

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai

Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Imej via Facebook

Bahan-bahan Yang Digunakan

  • Bawang putih
  • 2 kiub pati ayam (kacau dengan segelas air panas)
  • Cili api merah
  • Daun limau purut
  • Halia
  • Serai
  • Limau nipis
  • Sos ikan (6 sudu besar)
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Ikan Siakap Stim Limau

1. Mula-mula cuci bersihkan ikan siakap.
2. Sediakan ikan yang sudah dicuci ke dalam bekas stim.
3. Masukkan daun limau yg dikoyak, halia dan serai yg dipotong letakkan di
bawah ikan yg dibelah.

Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Imej via facebook

4. Curahkan air kiub pati ayam yang sudah dibancuh dengan air panas.
5. Tutup dengan penutup dan kukuskan ia selama 15-20 minit atau sehingga ikan tu masak.

Sementara tunggu ikan stim masak boleh dibuat kuah untuk ikan

Satukan semua bahan :
1. Bawang putih yg dicincang.
2. Cili padi merah.
3. Air limau nipis yg diperah,
(kalau ingin rasanya lebih kick lagi, campurkan sedikit stok limau yg
dalam botol.)
4. Garam, gula dan sos ikan. Kacau biar sebati.

Resepi ikan siakap stim limau

Imej via facebook

6. Jika ikan sudah masak. Angkat ikan.
7. Akhir sekali, curahkan bahan-bahan kuah yang disatukan tadi.

Taraa nampak begitu menyelerakan kan?? hehe selamat mencuba resepi ini dirumah anda..

Resepi Menarik Lain

Selain resepi siakap stim limau, kami juga menulis resepi lain yang mendapatkan perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya jangan lupa like dan share ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.