Hari ini kami akan kongsikan resepi yang tersangatlah simple dan senang dibuat, senang dimakan. Ialah sandwiche tuna.

Sandwich tuna memiliki banyak kebaikan. Ianya menu sarapan yang simple, sedap, bergizi. Menyediakannya sangatlah mudah, rasanya pula sedap. Sandwich tuna mestilah asasnya menggunakan ikan tuna. Selain itu, juga terdapat sayuran yang sihat.

Sandwich mudah dimakan dan mudah dibawa. Sehingganya ramai orang yang membeli sandwich untuk sarapan dimakan bila pergi ke sekolah dan tempat kerja.

Mak di rumah boleh cuba menyediakan sandwich di rumah. Jika mak ingin sandwich macam kedai My.news mak boleh rujuk resepi yang kami kongsikan ini. Sandwich tuna yang dikongsikan oleh Nazian Rahman‎ di laman Facebook. Selamat mencuba.

Resepi Sandwich Tuna

sandwich tuna Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Roti (roti wholemeal),
  • Tuna tin ( tuna chunks in oil),
  • Bawang Holland didadu (banyak ikut suka),
  • Cili merah dibuang biji didadu,
  • Tomato dibuang biji didadu,
  • Carrot diparut (disagat halus),
  • Garam,
  • Mayonis,
  • Lada sulah,
  • Timun dan salad untuk hiasan,
  • Planta untuk disapu pada roti,

Cara-cara :

  1. Tuna dibuang oilnya, dipanaskan dan dilenyek-lenyek hingga lumat.
  2. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali timun dan salad.
  3. Sapukan roti dengan planta @ mayonais.
  4. Letakkan timun, sapukan tuna dan lapiskan dengan salad.
  5. Kapitkan lagi dengan roti.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sandwich tuna, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.