Ramai orang suka sandwich. Sandwich ialah makanan berupa dua keping roti yang menyepit daging atau sayuran dan diberi sos sehingga rasanya menjadi lebih enak.
Seperti yang terlihat pada resepi kali ini iaitu menggunakan ayam sebagai bahan utama isi sandwich. Permukaan roti disapu dengan marjerin terlebih dahulu baru kemudian diletakkan ayam dan sayuran yang dipotong kecil serta mayonais dan sos yang membuat sandwic terasa lebih menyelerakan dan baunya enak.
Sandwich sesuai untuk disantap dan dihidang secara pantas. Menyediakannya amat mudah, ia senang dibawa sebagai sarapan atau makan tengah hari dibawa ke pejabat disiapkan dalam bekas makan siang.
Sandwich mudah didapatkan di kedai-kedai runcit. Dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi. Namun begitu, membuat sandwic ayam sendiri tentunya akan lagi berbaloi. Jom buat sandwic resepi daripada Zuraidah Ismail di laman Facebook.
Selain resepi sandwic ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.