Sambal merupakan hidangan sampingan yang wajib ada terutamanya bagi penggemar makanan pedas. Terdapat pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan, sambal hitam, sambal jawa, sambal hijau dan sebagainya. Walaupun hanya dengan sambal, ikan masin dan ulaman sahaja cukup untuk menaikkan selera makan. Terbayang sahaja sudah terasa sangat menyelerakan.Boleh kecur air liur tau. Sedapnya.

Kebiasaannya sambal yang sering disediakan adalah sambal belacan. Oleh itu, apa kata kali ini, kita tukar menu sambal (Asyik-asyik sambal belacan bosan juga lah kan). Jadi, marilah cuba sediakan sambal hijau pula. Mudah dan sedap hingga menjilat jari. Sekali buat boleh simpan dan tahan lebih lama jika simpan di dalam peti (kalau belum habislah).

Resepi daripada‎ Nurzailiasya Zaiera sangat mudah dan pasti menjadi. Sudah banyak yang mencuba. Boleh adjust rasa ikut selera masing-masing. Sekarang, jom layan resepi Sambal Hijau. Selamat mencuba!!

RESEPI SAMBAL HIJAU

Resepi Sambal Hijau
Imej via facebook

Bahan-bahannya :

  • Lada hijau 3 bungkus
  • Lada merah 1 bungkus
  • Cili padi 1 bungkus
  • Bawang merah 4/5 biji
  • Tomato 3 biji
  • Belacan setengah paket kecil 
  • Ikan bilis 2 genggam
  • Gula dan garam.

Nota kaki:                                                                                       

  • Sukatan di atas untuk satu kuali/ lima bekas seperti di gambar
  • Kuantiti setiap dari bahan-bahan ini bergantung kepada selera masing-masing.Contohnya jika hendak pedas kaw-kaw lebihkan cili padi, jika suka bawang dan tomato boleh lebihkan.

Cara- caranya:

  1. Potong kesesemua bahan-bahan (lada merah,lada hijau,cili padi, bawang merah, tomato).
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan belacan dan kesemua bahan yang telah dipotong tadi ke dalam kuali.
  4. Goreng bahan-bahan tersebut sehingga layu dan tuang ke dalam pengisar untuk dikisar
  5. Setelah itu, goreng ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
  6. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali ikan bilis garing
  7. Seterusnya, masukkan garam, gula dan perahan limau.
  8. Akhir sekali, kacau kesemuanya sehingga warna menjadi gelap sedikit

Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain dari resepi Sambal Hijau, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.