Pedas dan meletop tepat untuk mendeskripsikan citarasa kesedapan sambal ayam geprek. Tidak banyak bawang, rasanya betul-betul pedas. Sesiapa yang hantu sambal pedas patut cuba sambal ayam geprek ini.

Ayam geprek ialah makanan khas Indonesia. Umumnya masyarakat dekat sana suka pedas. Maka tidak hairan ayam geprek dengan sambal pedasnya amat disukai di seluruh negeri.

Jangan harap ada rasa manis sedikitpun. Kerana sambal ayam geprek yang sebenar ialah pedas merecik meletop di lidah. Tidak sah dipanggil ayam geprek jikalau tidak pedas. Anda tertarik mencubanya? Sila rujuk resepi yang kami kongsikan di bawah ini didatangkan daripada Rodziah Zaharin di laman Facebook.

Resepi Sambal Ayam Geprek

sambal geprek

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam,
  • 1 biji telur,
  • Tepung bestari pedas.
  • 6 biji cili merah besar,
  • 4 biji cili hijau kecil,
  • 2 biji cili merah kecil,
  • 1 ½ biji bawang besar@bawang merah,
  • 4 biji bawang putih,
  • 1 biji limau nipis, ambil jusnya.

Cara-cara :

  1. Gaul ayam dengan telur kemudian balut dengan tepung bestari. Goreng dalam api sederhana.
  2. Goreng bahan sambal lain dalam api yang panas selama 3-4 minit, toskan.

    sambal geprek

    Imej via Facebook

  3. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam lesung batu, masukan 2 sudu gula, 1 sudu garam, tumbuk separuh lumat.
  4. Masukkan jus limau nipis 1 biji.
  5. Cuka 1 sudu kecil.
  6. Masukkan minyak mengoreng tadi 1-1½ sudu.

    sambal geprek

    Imej via Facebook

  7. Masukkan aji (opsional).
  8. Gaul rata, bila sudah siap boleh dimakan dengan ayam goreng tepung.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sambal ayam geprek, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.