Anda menginginkan resepi sambal berlada yang amat lazat dan sedap? Kali ini kami bawakan resepi sambal berlada gabungan terung dan petai yang amat lazat dan rupanya juga dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Situs Toto

Resepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi di media sosial ini mendapat perhatian ramai. Resepinya mudah, cepat dan yang paling penting sedap dan lazat. Apa lagi. Jom mencubanya. Pasti tak akan menyesal.

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • 3 biji terung dipotong muda.
  • Petai
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu kecil gula tebu/ 1 sudu gula putih
  • 1½ sudu Kecil garam
  • 2 biji limau kasturi

Bahan tumbuk/ kisar kasar:

  • 7 biji cili merah (buang biji cili)
  • 4 biji cili hijau (buang biji cili)
  • Segenggam Cili padi burung
  • 1 labu bawang besar

Tumbok semua bahan diatas.. Tapi toksah tumboh halus sangat..
Kalau ada food processor kisar pakai food processor..

https://www.benzchemicals.com

Cara-cara penyediaannya:

  1. Gorengkan terung dan petai terlebih dahulu.
  2. Tumbuk atau kisar bahan-bahan tumbuk. Jangan sampai halus. Kasar-kasar je.
  3. panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak dan goreng bahan tumbuk sampai masak. Jangan sampai garing.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air, garam, gula, sos tiram dan limau kasturi.
  5. Masukkan terung dan petai.
  6. Kacau semuanya sehingga sebati.

Selain terung dan petai, resepi sambal berlada ini boleh pakai untuk ikan atau ayam. Tapi ayam dan ikan kena goreng sampai masak dan lama sikitlah. Selain dari resepi sambal berlada ini, terdapat juga resepi menarik yang lain.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.