Resepi Sambal Bangkok (Sedap sangat!)
Orang Melayu dan sambal memang tidak dapat dipisahkan. Makan apa sahaja mesti mahu berserta dengan sambal bagi menambah rasa pedas. Terdapat pelbagai…

Orang Melayu dan sambal memang tidak dapat dipisahkan. Makan apa sahaja mesti mahu berserta dengan sambal bagi menambah rasa pedas. Terdapat pelbagai jenis sambal iaitu sambal sambal hijau, sambal belacan, sambal jawa dan sebagainya. Jika sambal digandingkan dengan nasi putih sahaja pun sudah boleh buat anda terliur apatah lagi jika dapat makan bersama lauk-pauk yang lain. Pada hari ini kita akan berkongsi satu resipi sambal yang pastinya dapat menarik selera anda sekeluarga iaitu resipi sambal bangkok.
Jadi tanpa membuang masa lagi mari kita lihat resipi sambal bangkok yang telah dikongsikan oleh Rafidah Sarip yang telah mendapat banyak like dan perkongsian di Facebook.
Resepi Sambal Bangkok

image via Facebook
Bahan - bahan:
- 25 biji cili kering dicuci
- 10 biji bawan merah - dimayang halus mcm nak buat bawang goreng.
- 1 sudu besar belacan
- 1/2 cwn air asam jawa
- Garam & gula( seimbangkan rasa masin, manis dan masam)
- Minyak untuk goreng cili dan bawang.
Cara - cara memasak:
- Goreng bawang merah yang dimayang tadi ( seperti membuat bawang goreng - angkat dan sejukkan
- Goreng cili kering sampai bersinar sinar tetapi jangan hangus -diangkat dan sejukkan
- Minyak bekas gorengan akan diguna semula - ketepikan
- Kisar cili goreng, bawang goreng,belacan , gula , garam dan air asam jawa , minyak bekas gorengan cili tadi - didalam pengisar letrik (atau tumbuk dengan lesung sambal sampai halus - dah halus baru masukkan air asam jawa dan minyak).
- Sekarang sambal bangkok dah siap!
Tips:
- Guna belacan yang bagus supaya rasa lebih marvellous!
- Guntingkan cili kering itu kecil - kecil supaya senang cuci.
- Kisar menggunakan chopper, hasil dia tak halus sangat.
- Anda juga boleh gantikan belacan bersama ikan bilis goreng.