Selamat tengah hari semua.
Siapa suka makan buah? Kalau suka, cuba anda buat resepi salad buah ini seriously memang sedap dan segar, juga berkhasiat sesuai untuk anda yang ingin diet.

Salad buah boleh diisi dengan perlbagai macam buah yang anda suka. Cara membuatnya pun sangat senang. Sesiapa yang suka salad buah mesti selalu beli, tapi bila buat sendiri lagi puas makan.

Salad buah sangat baik untuk kesihatan. Anda yang teringin nak diet, sangat digalakkan untuk memakan salad buah kerana tiada kandungan lemak tepu yang tinggi. Salad buah kaya akan protein, vitamin dan mineral sihat lainnya.

Jom mulakan hidup sihat dengan memakan salad buah dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Ela Eiylaz di Facebook. Banyak manfaat yang akan anda dapatkan, badan sihat dan ideal, kulit bersih, terhindar daripada penyakit dan banyak lagi manfaat lainnya. Sila dicuba resepi ini dan buat salad buah terbaik anda.

Resepi Salad Buah (Segar dan Menyihatkan)

Bahan-bahan

🍎Buah-buahan ikut suka mahu letak buah apa.

  • Anggur
  • Epal
  • Tembikai
  • Strawberry
    (Potong dadu)
  • Mayonais
  • Yogurt
  • Susu cair

Cara-cara Membuat Salad Buah

🍎 Campurkan sekali semua bahan.

🍎 Untuk tambahan boleh letak Nata De Coco dan cheese parut.

🍎 Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Siap.

resepi salad buah

Imej via Facebook

Salad buah segar sudah jadi. Tampak sangat segar dan lazat kan. Sila cuba resepi ini di rumah anda.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Salad Buah ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.