Sagu gula melaka ialah puding manis yang dibuat dengan mendidihkan sagu dengan air. Ia biasanya diberi pewarna dan boleh dihasilkan dalam pelbagai cara.
Sagu gula melaka dihidangkan dengan sirap gula melaka dan santan. Boleh divariasikan dengan susu manis. Makin lazat berlemak melekat.
Paling sedap jika makan sejuk-sejuk. Hidangkan sebagai makanan pencuci mulut tengah hari. Sejuk segar dan nyaman, dimakan bersama keluarga, anak-anak pun suka.
Dihidangkan untuk acara kenduri-kendara juga sedap dan lazat. Tetamu gerenti suka dan puas. Jom lihat resepi daripada Raja Amanina di laman Facebook yang telah kami suntingkan dibawah ini. Selamat mencuba.
Selain resepi sagu gula melaka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.