Hari ini kami akan kongsikan satu resepi yang sangat mudah & senang untuk dibuat iaitu roti sosej. Kadang-kadang bila kita beli roti sebuku tak habis-habis sehinggalah tarikh luput tiba. Ha time tu, x perlu nak rasa membazir sebab roti tu boleh digunakan untuk buat roti sosej ni tau. Tapi, kalau nak buat stok yang banyak, beli baru lah 2-3 bungkus pun tak mengapa ye dakk.
Roti sosej ni elok dibuat stok terutamanya untuk golongan yang berkeluarga sebab anak-anak pasti akan gemarkannya. Ye lah kan bila disebut hot dog, pasti anak-anak berebut nak makan. Kalau boleh dibuat homemade hot dog, itu JAUH lebih BAIK tau. Homemade hotdog lebih berkhasiat buat sekeluarga terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.
Untuk roti pula, jika roti wholemeal atau roti bergandum penuh dijadikan pilihan berbanding dengan roti putih biasa, itu juga jauh lebih baik. Roti bergandum penuh sangat tinggi dengan vitamin dan serat yang dapat membantu menyokong pertumbuhan dan kesihatan anak-anak yang lebih baik. Jadi, pilihan di tangan ibu-ibu semua. Pilihlah yang terbaik!
Roti Hot dog ni sesuai dihidang untuk sarapan pagi mahupun petang atau boleh juga dijadikan bekalan sekolah buat anak-anak. Jimat duit & kualiti makanan pun memang terjamin kan. Original masakan ibu yang lazat dan berkhasiat tiada tolok bandingnya. Resepi roti sosej ini dikongsikan oleh saudari Mazitah Ahmad Nur Solehah di Facebook.
Selain resepi ini, kami juga banyak kongsikan resepi-resepi lain buat anda semua. Jemput tengok dan jangan lupa untuk LIKE dan Share ya! Selamat mencuba!