Hari ini mari kita cuba buat resepi roti poket Doraemon. Apa maksudnya poket Doraemon? Ia ialah roti yang dibuat dengan menyerupai seakan-akan bentuk poket Doraemon.
Bahan asas membuat kudapan ini ialah roti Gardenia yang digelek nipis. Roti kemudian dipotong setengah lingkaran dengan melekatkan tepi kedua-dua roti.
Roti ini diisi dengan daging burger dan sosej yang dihancurkan. Sebelum isi dimasukkan, roti harus digoreng terlebih dulu.
Roti poket doraemon sedap dijadikan hidangan minum petang. Lebih sedap lagi kalau dihidangkan panas-panas. Terasa garing dan renyah. Sila cubakan resepi daripada Bonda di laman Facebook.
Selain resepi poket doraemon, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.