Roti Nan Cheese adalah satu juadah sarapan yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Roti nan cheese dijual dengan sangat meluas dan senang untuk didapati memandangkan restoran mamak juga banyak terdapat di Malaysia. Selain daripada itu, roti nan cheese juga menjadi kegemaran di waktu malam, lazimnya dengan anak anak muda yang ingin berborak santai dan berjumpa bersama dengan kawan kawan mereka.

Tahukah anda, hidangan ini sebenarnya amat mudah untuk dilakukan sendiri? Kali ini kami bawakan resepi roti nan cheese yang langkahnya amat senang semudah ABC. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur Amiera dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Roti Nan Cheese

Roti Nan Cheese
Image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 1 kilo tepung gandum cap rose
  • 1/2 cwn planta
  • 1/2cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1sdb yis atau mauripan
  • Cheese keping secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan gula ke dalam air kacau biar sebati ketepikan. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, planta, yis.
  2. Gaul sampai sebati. Kemudian, tuang air + gula tadi kedalam tepung sedikit demi sedikit.
  3. Uli tepung tadi sehingga ianya tidak melekat pada tangan tapi jangan terlalu keras bancuhan.
  4. Tutup dengan kain tuala basah selama 1/2 jam.
  5. Bila doh dah naik, tumbukkan doh itu supaya tiada angin.
  6. Kemudian, bulatkan doh itu besar – besar dan masukkan cheese kedalam tepung dan canai leper. Biarkan 15 minit.
  7. Panaskan kuali pan kemudian masukkan doh tadi dan tutup tudungnya. Gunakan api perlahan.
  8. Apabila sudah nampak masak, sapukan planta biar roti itu nampak berkilat.
  9. Tada!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi roti nan cheese ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.