Biasanya untuk menikmati roti canai,kita akan ke kedai mamak.Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang inginkan variasi dan kelainan, anda juga boleh menucba resepi roti canai ini dirumah. Tahukah anda, pembuatan roti canai sangat mudah?

Kita juga tahu, roti canai bukan sahaja boleh dimakan bersama kuah dal dan kari, malah ianya juga boleh dimakan dengan apa-apa kuah atau juadah yang kita masak dirumah. Kali ini kami akan bawakan resepi roti canai yang sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.

Resepi ini dikongsikan di dalam Koleksi Resepi Sedap di laman Facebook dan telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian!

Resepi Roti Canai

Roti Canai

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 sudu besar susu pkt
  • 1 biji telur
  • 500ml air

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan marjerin, gula, telur, garam, susu pekat dan air ke dalam mixer (saya pukul guna tangan). Kacaukan sekejap.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, ulikan ia sampai ianya menjadi doh, kemudian, rehatkan dalam 20 minit.
  3. Selepas 20 minit, uli lagi sekali, uli sekejap sahaja. Rehatkan lagi dalam 20 minit. Selepas 20 minit, keluarkn doh, letakkan doh di atas meja yang bersih.
  4. Potong doh kepad 23 biji. (Saya buat 27 biji) Ini terpulang kepada anda.
  5. Jika inginkan roti canai besar, buat besar – besar. Bulatkan doh, kemudian sapu marjerin kesemua doh tadi. Sapu bekas dengan marjerin supaya doh tidak melekat.

    Roti canai

    Image via Facebook

  6. Perapkan doh semalaman.
  7. Kemudian, anda bolehlah tebar roti canai dibelakang talam atau diatas meja makan yang telah dilapik plastik.

    Roti Canai

    Image via Facebook

Nota: Anda juga boleh bekukan lebihan roti canai dan jadikannya sebagai homemade instant roti canai. Selamat mencuba!

 

Resepi – resepi menarik lain yang anda boleh cuba:

Terdapat juga beberapa resepi – resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba dirumah. Ini juga menjadi idea terutamanya kepada para surirumah yang kebuntuan idea untuk masak apa pada hari – hari biasa. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang dan selamat mencuba!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.