Rempeyek krup krap. Macam sedap kalau dapat makan rempeyek yang garing dan rangup. Rempeyek dapat dibeli di pasar raya, selain itu rempeyek juga banyak dijumpai di kedai-kedai makan tradisional.
Rempeyek ada pelbagai jenisnya, antaranya ada rempeyek ikan bilis, rempeyek kacang, rempeyek udang dan lain-lain. Rempeyek merupakan sejenis kerupuk tradisional. Ianya sedap diganding dengan makanan nasi berlauk ataupun dimakan macam itu sahaja.
Rempeyek dibuat dengan mencampurkan bancuhan tepung dengan bahan kisar. Walaupun nampak mudah dan ringkas tapi kadang-kadang kalau tersilap sedikit saja bancuhannya adunan boleh jadi meragam dan rempeyek jadi keras. Tambah lagi bila melekat di acuan, boleh mendatangkan stress dibuatnya.
Sekali-sekala boleh cuba membuat rempeyek sendiri, lebih berbaloi daripada beli. Makan lebih puas tanpa henti. Sangat seronok bila makan rempeyek buatan sendiri. Selamat mencuba resepi daripada Salizawati Kamaruddin di laman Facebook.
Nota : Saya guna 2 kuali. Satu kuali untuk mencetak adunan. Lepas sudah masuk ke dalam acuan dan rempeyek sudah keras sedikit, masukkan pula ke dalam kuali untuk menggoreng. Bagi saya, cara ini lebih cepat sedikit.
Selain resepi rempeyek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.