Sekali makan pulut mangga ini memang boleh jadi ketagih. Pulut mangga ialah dessert tradisional daripada Thailand, oleh sebab itu pulut mangga selalunya dihidangkan di restaurant ala Thailand.
Sepinggan pulut mangga biasa harganya mencapai RM 5-8 ringgit. Satu porsi tidak terlalu banyak, hanya beberapa potong mangga dengan satu senduk pulut dengan kuah santan.
Jika anda pernah makan pulut mangga, anda mesti teringin lagi dan lagi. Kombinasi rasa manis mangga dengan liatnya pulut serta santan sangat menarik dan bikin ketagih.
Membuat pulut mangga sangat senang, tidak memakan masa yang lama kecuali untuk menyediakan pulutnya. Yang paling penting ialah keenakan santan yang lemak manis tersebut. Oleh itu resepi yang sedap dan terangkat sangat diperlukan untuk membuat pulut mangga yang lazat.
Tanpa tunggu lama, di bawah ini kami tuliskan resepi pulut mangga yang mudah, lezat terangkat. Resepi ini dikongsikan oleh Munirah Jafar di laman Facebook. Jom tengok resepinya.
Imej via Facebook
1. Mula-mula panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
2. Kemudian bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya.
3. Setelah kering airnya, masukkan pulut ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam. Kacau sebati.
5. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
6. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
7. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
8. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
1. Mula-mula panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
2. Kemudian masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
3. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.
Selain resepi pulut mangga, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.