Siapa yang tidak suka pisang goreng? Rasanya yang sedap, rangup dan garing sangat sedap dimakan. Pisang goreng sedap dimakan sebagai camilan di pagi hari mahupun tengah hari bersama teh panas.

Ada banyak variasi pisang goreng yang dijual. Namun begitu, tidak semua pisang sesuai untuk dijadikan pisang goreng. Antara pisang yang sesuai untuk digoreng ialah pisang tanduk, pisang abu, pisang nangka, pisang awak, pisang toman dan pisang emas.

Adunan untuk membuat pisang goreng pun berbeza-beza, sehingga hasilnya pun berbeza. Rasa rangup dan garing pisang goreng bergantung pada komposisi adunan tepung yang dipakai.

Hari ini kami akan mengongsikan kepada anda resepi pisang goreng yang rangup dan sedap yang dikongsikan oleh Zalina Zolkiply di facebook yang telah mendapat perkongsian ramai. Juga resepi ini bukan untuk pisang sahaja, untuk ubi, cempedak, kuih kasturi pun boleh.

Resepi Pisang Goreng (Sedap dan Rangup)

Resepi pisang goreng

Imej via facebook

Bahan-bahan :

Pisang awak (masak, tak ranum)

Adunan Tepung

  • 1 cawan tepung beras
  • 2sb tepung gandum
  • 2sb tepung kastard
  • 1sk marjerin
  • Sedikit garam
  • Air kapur

Caranya Memasak :

  1. Gaul semua bahan tepung.
    (bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair)
  2. Masukkan pisang. Balut dengan tepung.
  3. Goreng hingga kekuningan. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pisang goreng yang rangup dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.