Peria goreng merupakan hidangan wajib ada di kedai mamak. Selalunya dapat jumpa peria goreng dimana-mana kedai mamak. Sesiapa yang suka makan peria pahit ini mesti suka makan peria goreng.

Lagi sedap kalau peria digoreng, rasanya kurang pahit serta garing dan crunchy. Resepi yang dikongsikan oleh JJ Pau Mawar‎ di laman Facebook ini sangat rangup. Bahkan setelah dibiarkan satu hari pun masih tetap rangup. Apa rahsianya?

Untuk anda yang teringin sangat tahu apa resepi peria goreng paling sedap dan sentiasa rangup anda boleh dapatkan resepinya di perkongsian kali ini. Kami telah suntingkan untuk anda resepi yang berbahan utama peria katak ini. Konfirm macam peria goreng di kedai-kedai makan.

Tanpa buang masa, sila tengok resepi ini. Hidangkan peria goreng sebagai gandingan makan nasi berlauk, mahupun dijadikan camilan makan macam tu sahaja pun boleh. Selamat mencuba.

Resepi Peria Goreng

peria goreng

Imej via Facebook

Bahan Rendaman :

  • 6-10 biji peria katak sederhana besar dihiris nipis,
  • ½ sudu kapur,
  • 1 mangkuk air ikut banyaknya peria tadi,
  • 1 sudu kecil garam halus,
  • Campurkan semua bahan rendam 1 jam,
  • Lalukan air paip dan toskan,

Bahan bancuhan tepung :

  1. 1 ½ cawan tepung beras,
  2. 1 ½ sudu makan tepung jagung,
  3. 1 sudu makan udang kering,
  4. 2 ulas bwg putih,
  5. 1 sudu teh jintan manis,
  6. 1 sudu teh jintan putih,
  7. 1 biji telor,
  8. 1 sudu besar lada blender ikut kepedasan masing-masing. Kalau taknak pedas tak perlu bubuh lada blender, gantikan dengan lada hitam.
  9. Garam ½ sudu teh,
  10. Sedikit maggie secukup rasa,
  11. Air 3/4 cawan atau secukupnya,
  12. Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara :

  1. Mula-mula tumbuk udang kering, bawang putih, jintan manis dan jintan putih.
  2. Kemudian campurkan dengan tepung-tepung, telur, lada blender dan garam.
  3. Bancuh bahan diatas dengan air secukupnya hingga sebati. Bancuhan tidak lekat dan tidak cair sangat.
  4. Kemudian salutkan peria yang telah dihiris dengan aduna tepung.
  5. Goreng dalam minyak agak banyak hingga kekuningan.
  6. Siap. Pastikan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi peria goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.