Di negara kita terdapat pelbagai jenis pisang yang sangat sedap untuk dimasak mahupun dimakan begitu sahaja. Antara pisang yang famous dan menjadi pilihan masyarakat kita ialah pisang nangka, tanduk, kapas, emas, abu, berangan, rastali dan sebagainya. Masing-masing mempunyai keunikan dan rasa sedap yang tersendiri di samping terdiri dari nutrient dan zat yang penting untuk tubuh badan kita.
Untuk pisang sahaja, masyarakat kita telah mempelbagaikan resepi dan masakan yang sedap yang dapat terhasil dari buah pisang itu sendiri. Lihatlah betapa istimewanya buah pisang yang Allah anugerahkan buat kita semua. Ada yang boleh dibuat pisang goreng, pengat pisang, sira pisang, kek pisang, lepat pisang dan pelbagai jenis lagi kuih muih dan resepi yang menarik dan sedap-sedap.
Hari ini kami akan kongsikan resepi pengat pisang yang sangat mudah buat anda. Pengat pisang sangat sesuai dan sedap untuk dihidangkan kepada sesisi keluarga pada waktu petang. Rasanya yang berlemak dan manis-manis sangat sedap untuk dimakan baik sewaktu masih panas ataupun sejuk. Pisang yang menjadi pilihan untuk dibuat pengat adalah pisang nangka kerana rasanya yang manis dan sedikit masam membuatkan rasa pengat pisang sangat marvelous.
Resepi ini dipetik dari Facebook oleh saudari Faizah Awang. Beliau telah kongsikan resepi pengat pingat yang sangat lah mudah untuk disediakan. Kalau time penat balik kerja pun masih boleh buat tau sebab x sempat nak berpeluh kat dapur pun nk siapakan menu ini. Haa selamat mencuba semua!
Pisang nangka
Gula kabung/kerek
Santan
Daun pandan
Sedikit garam
Sagu
(1) Satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali pisang & sagu.
(2) Masak dengan api yang slow je sebab takut pecah minyak nanti kuah jadi tak cantik
(3) Bila santan dah mendidih masukkn pisang & sagu
(4) Masak sampai pisang lembut. Siap!
Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi lain yang boleh anda buat sebagai rujukan. Silalah lihat kesemuanya ya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE juga!