Pavlova adalah salah satu pencuci mulut yang berasal daripada barat dimana ianya adalah meringue-based. Pavlova selalunya akan dihiasi bersama buah buahan segar yang masam berserta fresh cream yang berlemak. Gabungan rasa yang bervariasi daripada meringue yang sangat manis bersama rasa lemak dan masam boleh menaikkan selera sesiapa sahaja yang melihatnya.

Bahan – bahan pembuatan pavlova sangat mudah untuk didapati akan tetapi, cara pembuatannya perlukan skil terutamanya semasa memukul telur putih sehingga kembang. Jangan risau, sekiranya anda mengikut resepi dengan baik tentu sahaja hasilnya juga baik. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi Pavlova Gebu Gebas ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Wawa Farah Najwa dan telah mendapat ratusan share di Facebook.

Resepi Pavlova

Pavlova

Image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk pavlova:

  • 4 biji putih telur / 167-170g
  • 1 cawan gula kastor / 194 g
  • 2 sudu besar tepung jagung / 13g
  • 2 sudu kecil cuka / 8ml

Bahan untuk krim:

  • 1 cawan dairy whipping cream (suka jenama Shani lebih berkrim)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil gula aising

Bahan hiasan (boleh ditukar mengikut selera masing-masing):

  • Buah strawberry
  • Buah kiwi
  • Coklat ganache

Cara cara membuat pavlova:

  1. Panaskan oven pada suhu 150 C. Kalau nak senang guna convection oven (oven yang berkipas). Tapi saya guna oven gas Berjaya pun menjadi.
  2. Pastikan semua alat-alat bersih, tidak basah dan bebas minyak (kalau terdapat kesan minyak atau air lagi sila lap). Untuk mendapat putih telur pun pastikan telur dan tangan kering.
  3. Mulakan dengan memukul telur menggunakan mixer dalam mangkuk pengadun. Gunakan kelajuan yang sederhana dahulu (takut putih telur terpercik-percik). Bila dah mula berbuih boleh lajukan mixer. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dan pukul sehingga stiff peak forms dan apabila mangkuk diterbalikkan putih telur tak jatuh.
  4. Masukkan tepung jagung dan kaup balik menggunakan spatula. Disambung dengan cuka. Pastikan bahan semua digaul sebati dan mesra.
  5. Sediakan parchment paper di atas loyang. Menggunakan teknik capan, terapkan sedikit cutter ke atas putih telur dan capkan atas parchment paper tadi. Menggunakan teknik ini, anda tak perlu susah-susah lukis bulat satu-satu guna pensil. (Teknik ni juga boleh digunakan untuk membuat macaroon)
  6. Setelah selesai teknik capan, masukkan baki adunan ke dalam piping bag dan pipe adunan ke atas bentuk-bentuk bulat tadi.

    Pavlova

    Image via Facebook

  7. Masukkan ke dalam oven. Setelah 10 minit, turunkan suhu kepada 110 C. Teruskan membakar lagi 20 minit sehingga pavlova nampak kembang, kering dan rangup. Tutup oven dan biarkan pavlova menyejuk di dalam oven.
  8. Langkah yang ke-7 ni sangat teknikal di mana oven tidak semuanya sama. Kalau boleh cuba dahulu satu biji. Kalau jadi baru bakar yang lain. Yang penting, jangan buka oven selagi pavlova tak sejuk.

Cara – cara membuat krim:

  1. Campurkan semua bahan, pukul sehingga kental. Kalau dah nampak kental jangan teruskan pukul nanti krim pecah.
  2. Hiaskan mengikut cita rasa anda.
  3. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi Pavlova ini terdapat juga resepi resepi lain yang mungkin dapat menarik minat anda untuk mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama sahabat dan keluarga anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.