Keunikan rasa yang dibawa di dalam hidangan paprik dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang merasainya. Aromanya yang sungguh harum digabungkan dengan rasa masam yang diperoleh daripada limau purut dan manis yang diperoleh daripada gabungan sos boleh membuatkan semua terliur. Paprik atau pad prik adalah hidangan yang berasal daripada Thailand dimana pad membawa maksud stirfry dan prik bermaksud cili. Jadi sudah pastilah hidangan paprik ini memberikan rasa pedas, manis dan masam. Wah, pelbagai rasa dalam satu hidangan pasti sahaja mampu menguji taste buds anda.

Paprik sangat terkenal di restoran – restoran Thai di sekitar Malaysia. Paprik selalunya dijadikan hidangan makan malam sambil digabungkan bersama sup seperti sup ekor ataupun sup tulang serta telur dadar. Kini, tanpa perlu ke restoran Thai, anda boleh masak sendiri hidangan paprik ini dan hidangkan ia kepada keluarga anda. Rasa dan kebersihannya juga lebih terjamin. Air tangan seorang ibu kan, pasti sahaja dapat membangkitkan selera para suami dan anak anak.

Resepi paprik yang kami bawakan ini telah dikongsikan oleh Fauziah Yahya dan resepi ini telah mendapat banyak share! Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Paprik Seafood

paprik seafood

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 100gm udang
  • 100gm sotong
  • 100gm bunga kobis
  • 5gm kacang panjang
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1/2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili padi
  • Sedikit daun limau purut

Bahan B:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb cili boh
  • Sedikit minyak masak

Bahan C:

  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb cili sos
  • Sedikit kicap pekat
  • Gula dan garam secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Panas kan kuali, masuk kan minyak masak dan tumis kan bahan B sehingga naik bau.
  2. Kemudian masuk kan udang dan sotong.
  3. Biarkan seketika, lalu masuk kan bahan A dan biarkan selama 2 minit sambil kacau.
  4. Akhir sekali masuk kan bahan C dan biarkan ia mendidih.
  5. Sedia dihidangkan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Selain daripada resepi ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan post ini kepada ahli keluarga dan rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.