Mencari resepi paprik campur yang sedap?
Paprik ialah masakan yang berasal daripada Thailand. Banyak jenis masakan paprik yang ada sebenarnya seperti paprik ayam, paprik seafood, paprik daging bahkan ada pula nasi paprik. Sesiapa yang suka masakan Thai mesti tahu kesemua jenis masakan ini.
Pada perkongsian ini pula kami akan berkongsikan resepi paprik campur di mana bahan-bahannya iaitu ayam, udang dan sotong kemudian dicampur dengan sayur-sayuran. Jika mengikut selera, masing-masing ada yang menyukasi paprik kering namun ada pula yang menyukai masak paprik sedikit berkuah.
Paprik campur ialah hidangan yang istimewa, sedap disantap bersama keluarga sebagai lauk untuk makan tengah hari mahupun malam. Hidangan ini biasanya dapat dijumpai di kedai-kedai Thailand dengan harga RM 5 – RM 7 untuk satu bahagian kecil.
Tanpa fikir lama, jika anda teringin memasak paprik yang istimewa dengan rasa seperti kedai, anda sangat di alu-alukan untuk merujuk resepi favorit ramai ini. Dikongsikan oleh Shahratul Hikma di laman Facebook. Selamat mencuba dan menjamu selera.
Selain resepi paprik campur, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.