Pajeri nenas merupakan menu yang sangat digemari khususnya oleh golongan berusia. Ia mampu menambah selera makan seseorang. Jika anda penggemar buah nenas, apa salahnya jika anda mencuba masakan pajeri ini. Jangan risau akan rasa masam nenas kerana rasa masamnya akan hilang apabila siap dimasak nanti.
Mungkin ada yang takut untuk mencuba pajeri nenas ini sebab sedikit pelik nenas dimasak bersama rempah ratus seperti kari. Biasanya, nenas dimasukkan ke dalam gulai kuning untuk menyedapkan rasa kuah tersebut. Pajeri nenas ni memang kita masak khas menggunakan nenas semata-mata. Sebab itulah namanya sepecial, pajeri nenas. Hihi
Jadi lepas ni, jika ada nenas lebih tu, jangan takut untuk memasak pajeri nenas. Jangan biarkan nenas anda buruk dan dibuang begitu sahaja. Jika dihidang buat kedua orang tua anda, pasti selera mereka bertambah. Nampak macam biasa je, tapi bila pekena dengan nasi panas, huii lain macam sedapnyaa. Tak percaya, cubalah!
Anda mahu resepi pajeri nenas yang sedap? Kami paparkan resepi kali ini dari saudari Yusni Abdul Rahman yang sudi berkongsi resepi pajeri nenas beliau di Facebook. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Nenas (potong ikut suka)
Bwg merah bwg putih halia (hiris halus)
Rempah 3 sekawan (Bunga lawing, kulit kayu manis, dan bunga cengkih)
Udang kering
Santan
Kerisik
Serbuk kari daging(saya guna babas)
(1) Tumis bahan yg dihiris hg kekuningan.
(2) Masukkan rempah 3 sekawan tu sekali ye kemudian bila tumisan dah kekuningan masukkn serbuk kari yg sudah dicampurkn sedikit air.
(3) Masukkn sedikit udang kering (agak2 lah ye)
(4) Kacau sehingga rempah masak atau naik minyak
(5) Kemudian masukkn hirisan nenas..biarkn hingga nenas sebati ngan rempah tu.
(6) Apabila dah sebati masukkan santan dan kacau sebati lagi
(7) Kemudian, bolehlah diletakkn kerisik (agak2lah ye)
(8) Masaklah hingga agak sedikit pekat. Letak garam dan gula secukup rasa. Kepekatan terpulang pada selera masing-masing. Nak pekat lebihkan kerisik dan kalau tak nak pekat kurangkan ok. Siap!
Selain resepi ini, kami banyak paparkan resepi-resepi lain juga. Jemput untuk lihat kesemua resepi kami yang semuanya sedap dan mudah untuk dicuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!