Jika datang mood rajin masak, mesti pelbagai jenis makanan ingin dibuat. Berbagai-bagai jenis makanan yang menarik patut untuk mengisi masa kosong sebelum mood masak jadi hilang.

Resepi pai ayam cendawan atau mushroom chiken pie dengan cheese amat tular dalam kalangan masyarakat melayu sejak kebelakangan ini. Mak patut cubakan resepi ini apabila ada masa lapang.

Cara yang sama dan resepi crust yang sama dengan pai telur yang sempat viral masa itu. Cuma Nor Izyanti Ismail‎ dalam perkongsiannya di laman Facebook mengolah inti telur jadi ayam dengan rasa yang semestinya lagi sedap.

Kepada sesiapa yang tidak punya oven boleh buat pai ini. Senang saja cara buatnya walaupun hanya menggunakan sukatan yang diagak-agak sahaja. Hidangkan untuk minum petang-petang. Selamat mencuba.

Resepi Pai Ayam Cendawan Cheese

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi ayam dicincang,
  • Bawang Holland,
  • Cendawan butang,
  • Carrot,
  • Capsicum,
  • Serbuk lada hitam,
  • Sesudu sos tiram,
  • Garam untuk masinkan sedikit inti,
  • Butter untuk menumis,
  • Sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan inti.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang holland dengan sedikit butter.
  2. Tumis hingga layu dan boleh masukkan isi ayam dan sos tiram.
  3. Masukkan carrot dan sedikit air. Masak hingga carrot separuh empuk.
  4. Masukkan capsicum dan cendawan butang.
  5. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Lebihkan sedikit masin tersebut sebab nanti makan dengan crust akan jadi tawar.
  6. Boleh masukkan bancuhan tepung jagung.

Bahan-bahan Crust :

  • 2 cawan tepung gandum,
  • Setengah buku butter yang kecil,
  • Sebiji telur,

Cara-cara :

  1. Sebatikan butter dan tepung kemudian masukkan telur.
  2. Masukkan doh dan ratakan dalam bekas pai atau loyang/pan/pemanggang ajaib.
  3. Tekan-tekan bagi rata. Jangan lupa cucuk dengan garfu.

    Imej via Facebook

  4. Masukkan inti ayam dan padatkan.
  5. Pecahkan sebiji telur ke dalam setengah cawan susu segar/susu cair dan tuang ke atas pai.
  6. Parut mozarella cheese ke atas pai.

    Imej via Facebook

  7. Masukkan acuan pai tadi ke dalam pan dan tutup atasnya.
  8. Masak dengan api kecil selama 30-35 minit.
  9. Siap.

Nota : Sayur-sayur boleh digantikan dengan mix vegetables.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi pai ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.