Omelette ialah hidangan berasaskan telur dimasak menggunakan butter atau minyak masak olive oil sedikit di pan penggoreng tanpa minyak.

Kini hidangan ini tersedia dalam pelbagai jenis, salah satu antara jenis omelette yang disukai ramai ialah potato omelette alias omelette kentang. Macam mana cara membuat potato omelette?

Cara menyediakannya adalah mudah. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi omelette potato yang dibagikan oleh Rohayati Mujari di laman Facebook.

Hidangan ini tidak gunakan cheese namun rasanya seakan ada cheese. Sama dengan omelette lain, isi omelette kentang boleh diubah letak daging, ayam, cheese, chili flakes atau lain-lain.

Jom buat omelette potato. Mudah sangat-sangat cara buatnya. Lagi mudah daripada buat murtabak. Kosnya pun murah sangat. Selamat mencuba.

Resepi Omelette Potato Mudah

omelette potato

Imej via Facebook

 

Bahan-bahan :

  • Minyak masak@olive oil,
  • Bawang besar @ bawang Holland,
  • Kentang,
  • Garam,
  • Serbuk lada putih,
  • Telur.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bawang dipotong dadu halus dan goreng sampai layu. Angkat dan toskan.
  2. Kemudian potong kentang nipis-nipis, goreng sampai empuk. Angkat dan toskan.
  3. Masukkan bawang dan kentang ke dalam mangkuk dan masukkan telur.
  4. Letak garam dan serbuk lada putih. Gaul lagi.
  5. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak. Kemudian goreng bahan macam buat lempeng. Api kecil sahaja sebab ingin bagi telur masak bahagian dalam.
  6. Apabila ingin membalikkan telur, ambil piring leper, basahkan sedikit piring itu, balik kan dan letak balik dalam kuali.
  7. Siap. Makan dengan mayonais dan sos cili.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi omelette kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.