Buat penggemar nasi kerabu kelantan tetapi dalam masa yang sama nak diet, silalah munculkan diri. Resepi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi‎ di laman Facebook ini sesuai sangat dengan tema dietnya kerana apa yang penting dalam diet adalah kuantitinya dan bahannya. Ganti guna gula dan garam yang lebih sesuai dan kurangkan kuantitinya. Nasi pula dimasak menggunakan 100% bunga telang. Harum pula tu baunya. Memang padu!

Resepi Nasi Kerabu

Imej via Facebook
  • Nasi senggengam
  • 1 sudu besar kelapa parut
  • 1 sudu besar isi ikan
  • 1 keping dada ayam bakar
  • 2 genggam ulam
  • 1 sudu kecil (kfc) sambal lada
  • 1 sudu kecil (kfc) budu

Gaul rata kesemuanya. Dah siap sedia untuk dimakan. Pasti sedap. Tapi ingat ini resepi untuk satu hidangan. kalau nak tambah, pandai-pandailah double kan.

Resepi Bahan Setiap Satu Untuk Nasi Kerabu

Resepi Kelapa Parut

  1. Sangai sebiji kelapa parut sehingga kekuningan. Kisar kering seketika untuk rupa yang lebih halus. Ketepikan. 
  2. Sediakan bahan kisar(1 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, sehiris, nipis halia, sebatang serai) dan kisar.
  3. Tambahkan 1 sudu besar ‘ brown sugar low GI’ bagi menggantikan gula Melaka atau gula putih.
  4. Juga 1/2 sudu besar garam bukit serta 1 sudu besar serbuk lada hitam.
  5. Kisar tanpa menggunakan air. Atau ditumbuk.
  6. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.
  7. Sangai semula menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak.
  8. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.

Isi Ikan

  1. Rebus 7-8 ekor ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan 1 sudu besar cuka, 2 keping asam gelugur, 2 hiris lengkuas, 1/2 sudu besar garam bukit dan 1/2 inci ‘nise’. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering.
  2. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan.
  3. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.
  4. Masukkan isi ikan dalam kuali. Tambahkan bahan di bawah;
  5. 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  6. 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  7. Secubit garam bukit
  8. Gaul sekata. Seterusnya sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan sedikit kering sebelum ditutup apinya.

Ayam Bakar Blackpepper

Bahan-bahannya:

  • 4 ketul ayam 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat
  • secubit dua serbuk lada 
  • 1 sudu kecil garam bukit
  1. Gaul rata. Perap selama 1/2 jam.
  2. Masukkan 1/2 sudu besar minyak atas pan. Kemudian bakar ayam sehingga masak.

Nasi Kerabu

Bahan-bahannya:

  • 10 kuntum bunga telang – sehelai daun kunyit
  • 1 batang serai diketuk hujungnya
  • 2 hiris halia
  • 2 helai daun limau purut
  • Air yang telah disukat sesuai untuk beras masak
  1. Buang tangkai bunga telang. Kemudian kisar sehingga lumat.
  2. Setelah beras dicuci bersih, masukkan air bunga telang tadi. 
  3. Seterusnya, masukkan herba kesemuanya.
  4. Masaklah nasi seperti biasa.

Sambal Lada

Bahan-bahannya:

  • segenggam cili padi merah
  • 1 biji lemon – ambil jusnya
  • 1/2 sudu kecil garam bukit
  • 1/2 sudu kecil ‘brown sugar’
  • sedikit air
  1. Kisar semua bahan di atas sehingga sedikit lumat.
  2. Untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.*

Budu

  1. Satukan budu apa-apa jenama, perahan jus lemon dalam mangkuk. Hiaskan dengan cili padi merah dan hijau.

Ulam-ulaman

  1. Hiris halus daun kengsum, daun selom, ulam raja, daun kunyit, bunga kantan, serai, timun Jepun, taugeh

Baca pun dah telan air liur kan? terbayang-bayang kan?. Selain dari resepi Nasi Kerabu ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.