Nasi goreng USA adalah antara hidangan nasi goreng yang terkenal di Malaysia. Nasi goreng USA biasanya menjadi kesukaan di dalam kalangan masyarakat melayu.

Kenapa pula diberi nama USA? Mesti ramai yang tertanya-tanya asal usul makanan ini. Sebenarnya, nasi goreng USA bermaksud nasi goreng udang, sotong dan ayam. Jadi, USA di sini tiada kaitan dengan negara USA ya.

Makan malam dengan nasi goreng USA semestinya sedap dan bikin makan jadi bergairah. Lagi sedap jika digandingkan makan dengan daging masak merah atau telur mata goreng. Jom cubakan resepi nasi goreng USA yang dikongsikan oleh Ellyin Tan‎ di laman Facebook.

Resepi Nasi Goreng USA

nasi goreng USA

Imej via Facebook

Bahan Nasi Goreng :

  • 2 pot beras (tanak seperti biasa),
  • Isi ayam, daging, udang atau sotong,
  • 4 ulas bawang putih (dicincang),
  • 1 ulas bawang merah (dicincang),
  • 3 sb cili kisar (boleh letak lebih),
  • 1 sb sos tiram,
  • 1 sb sos cili,
  • 1 kiub ayam,
  • Sayur; lobak merah, kacang panjang @ sayur campur,
  • Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara :

  1. Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dan kacau laju-laju hingga jadi ketulan-ketulan kecil.
  2. Masukkan isi ayam, udang, sotong, bawang besar dan bawang putih cincang. Kacau hingga warna bertukar keperangan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkn sayur-sayuran, gaul rata dan tabur daun ketumbar.
  6. Siap.

Mudah bukan? Resepi daging masak merah dapat di lihat pada perkongsian di bawah.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng USA, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.