Jika anda penggemar nasi goreng dan jika anda antara orang yang suka masakan pedas. Anda patut cuba resepi nasi goreng cili padi yang kami kongsikan ini. Soal rasa dia tak perlu tanya lagi. Soal pedas dia, boleh berlinang air mata makan nasi goreng ini.

Ramai orang suka masakan pedas. Tidak hanya setakat sambal sahaja yang pedas, namun nasi goreng juga disajikan dengan cili padi sehingga ia memiliki rasa pedas yang luar biasa.

Tentunya tak hanya itu sahaja. Nasi goreng ini juga disajikan dengan ikan biasanya ikan bilis yang digoreng kemudian ditumbuk halus. Resepi nasi goreng cili padi yang dikongsikan oleh Norashikin Ekin‎ di laman Facebook ini patut anda cuba.

Rasa pedasnya mampu membuat anda menangis dan tergenang air liur. Tanpa buang masa, jom tengok resepinya di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Cili Padi (Berlinang Air Mata)

nasi goreng cili padi

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang putih 3 ulas *
  • Bawang merah 2 biji *
  • 10biji cili padi *
  • Ikan bilis digoreng garing *

Cara-cara :

  1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging.
  4. Kemudian masukkan udang dan bawang besar.
  5. Setelah itu masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan telur. Terus gaul sampai sebati.
  7. Kemudian masukkan nasi dan masak hingga nasi semakin garing.

Nota : Siapa nak bubuh sayur boleh bubuh segala sayur yang ada.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi nasi goreng cili padi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.