Sedapnya resepi nasi goreng cili kering. Sedap dimasak dan dihidangkan untuk sarapan. Walaupun guna cili kering, tapi kanak-kanak boleh makan juga. Mak tidak perlu risau.
Supaya rasa nasi goreng tidak pedas melampau, anda boleh sesuaikan mengikut selera. Namun bagaimanapun juga nasi goreng cili kering ini amat lazat.
Nasi goreng dimasak dengan bawang merah, bawang putih serta rempah lain yang ditumis. Juga ditumiskan sekali sayur dan daging yang dipotong kecil. Kelazatan daging akan terasa di setiap suapan anda.
Sila hidangkan nasi goreng cili kering hari ini, dengan perkongsian resepi nasi goreng daripada Amoi Sally di laman Facebook. Selamat mencuba.
Selain resepi nasi goreng cili kering, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.