Terdapat pelbagai variasi cara untuk menyediakan nasi goreng ayam yang dapat kita lihat pada hari ini. Setiap satu daripanya membawa rasa yang berbeza mengikut cara kita menyediakannya. Pada tahun 80-an dahulu juga cara penyediaan nasi goreng ayam ini agak berbeza daripada yang ada dijual di kedai-kedai pada hari ini.

Nasi goreng ayam ini boleh dikatakan sukar untuk ditemukan lagi pada hari ini. Jika anda adalah salah seorang daripada peminat nasi goreng ayam variasi tahun 80-an ini anda sangat bertuah pada hari ini. Pada hari ini, kami akan berkongsikan resepi nasi goreng ayam tahun 80-an.

Resepi nasi goreng ayam tahun 80-an ini telah dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian.

Nasi Goreng Ayam Tahun 80-an

nasi goreng ayam tahun 80an
image via Facebook

Bahan – bahannya:

Nasi Goreng:

  • 10 tangkai cili kering*
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit ikan bilis*
  • 5 biji telur
  • Garam dan perasa
  • Sayur

Sambal ayam:

  • 2 biji cili besar
  • 8 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit cuka
  • Gula, garam dan perasa
  • 2 sudu besar cili sos

Cara – cara penyediaannya:

Nasi Goreng:

  1. Kisar bahan nasi goreng yang bertanda *.
  2. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan garam dan perencah.
  4. Pecahkan telur dan biarkan telur sehingga gating kemudian masukkan sayur.
  5. Masukkan nasi dan gaul sebati.

Ayam Perap:

  1. Bersihkan ayam dan rebus bersama rempah sup bunjut, 3 ulas bawang putih yang telah dicincang.
  2. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan perap dengan sedikit kicap soya, sedikit sos tiram, sedikit lada suluh dan sedikit kicap manis.
  3. Perap selama 15 minit kemudian goreng ayam.

P/S: Lebihan rebusan ayam boleh dijadikan sup. Cuma tambahkan garam dan perasa serta sedikit bawang goreng.

Sambal Ayam:

  1. Kisar semua bahan sambal ayam dan didihkan di dalam periuk sehingga kelihatan agak pekat.

P/S: Tidak perlu letak air.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.