Anda selalu makan nasi arab? Teringin nak cuba resepinya tapi tak tau mana satu yang memang confirm sedap? Cubalah resepi nasi arab ini!

Biasa kalau masak nasi arab, tak semua nasi arab ayamnya akan juicy dan sedap. Tpai dengan resepi ini, memang dijamin ayam akan jadi ‘juicy’ dan takkan hilang rasa manis ayamnya. Resepi ini memang best dan telah dishare oleh ramai pengguna media sosial.

Resepi ini dikongsikan oleh Puan Rzurine Aoma dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Melihat gambar-gambar menu ini sudah membuatkan kami terliur.

Resepi Nasi Arab

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

Bahan Bahan

Ayam

  • 6 Biji Bawang Merah
  • Garam
  • Kunyit
  • Saffron (Saya tak letak sebab mahal. Hehehe)
  • Seekor Ayam

Nasi

  • Bawang Merah
  • Kulit Kayu Manis
  • 5 kuntum Pelaga
  • Cili/Serbuk Black Pepper
  • Minyak
  • Minyak Masak

Cara Cara Memasak

  1. Bawang besar 6 biji. Potong & susun penuh menutupi dasar periuk.
Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

2. Garam, kunyit, safron (saya tak letak sebab mahal HEHEHE tapi saya gantikan dengan serbuk pewarna kuning sikit – sengaja carik penyakit HUHUHU). Letak ayam atas bawang tadi. Tutup periuk dengan aluminium foil & masak guna api kecil selama 1/2-1 jam.

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

3. Dah siap! Hasilnya selepas 1/2 jam. Bebawang ni jangan buang sebab nak masuk kat dalam nasi.

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

4. Bakar ayam guna oven. Saya bakar guna magic pan jek sebab pemalas so tak berapa lawa lah kulit ayam nya

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

5. Bawang merah, kulit kayu manis, 5 kuntum pelaga, garam, minyak. Puan Najwa kata kalau suka boleh letak cili tapi saya letak serbuk blackpepper.

***Minyak saya buh lepas nasi dah masak sebab nak guna minyak daripada lemak ayam yang di bakar tadi (warnanya kuning sebab tu letak kemudian)

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

6. Ni macam biasa lah. Trick nak dapat Nasi Arab yang wangi & lebih sedap. Bakar arang seketul. Utk bekas letak bara arang, guna je aluminium bekas tutup periuk tadi.

Bentukkan jadi mangkuk kecil yang berfungsi menakung minyak & menghalang bara arang terkena pada nasi. Buat lubang kat tengah nasi, letak ‘mangkuk’ aluminium foil tadi dan isi minyak masak 1 sudu besar.

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

7. Mula mula masukkan air/jus & minyak ayam tadi. Masuk sekali bebawang semua. Letak sekeliling atas nasi.

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

8. Baru letak bara arang dan tutup periuk.

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

9. Patutnya masuk sekali ayam time buh bara arang tapi terlupa

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

10. Keluarkan ‘mangkuk’ aluminium foil berisi bara arang tadi. Ratakan nasi dengan bebawang tapi pastikan tak kena pada semua bahagian nasi untuk hasil warna nasi yang putih & kuning. Guna chopstick untuk elak nasi patah seribu

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

11. Makan la bersama salad & sos Arabnya (lupa nama)

Resepi Nasi Arab

Imej via Facebook

Selamat Mencuba

Resepi Nasi Lain Yang Menarik

Selain resepi nasi arab, kami juga mempunyai beberapa resepi nasi yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.