Jom cuba resepi muffin pisang gebu gebas. Muffin comel dibuat menggunakan pisang yang dilecek supaya muffin jadi lebih lembut.

Resepi yang dikongsikan oleh Roziati Abdul Rahman di laman Facebook ini gerenti jadi. Muffin pisang yang terhasil baik untuk makan sendiri atau dijual.

Rasa muffin lembut dipenuhi aroma pisang yang wangi sangat merangsang selera. Bentuknya yang menarik akan menarik hati siapapun yang melirik. Anak-anak mesti sangat suka makan muffin pisang ini. selamat mencuba.

Resepi Muffin Pisang Gebu

muffin pisang

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • *Pisang berangan/molek 3-4 biji, dilecek.
  • *1 biji telur, dipukul sedikit.
  • *1/3 cawan butter, dicairkan.
  • * ½ cawan gula (atau lebih ikut suka).
  • # 1 ½ cawan tepung gandum.
  • # 1 sudu teh baking powder.
  • # 1 sudu teh baking soda.
  • # ½ sudu teh garam.

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Bahan bertanda * dicampur sekaligus.
  3. Bahan bertanda # diayak sekaligus.
  4. Campurkan kedua-dua bahan * dan #, gaul sebati guna spatula. Tidak perlu kacau beria sangat sebab nanti muffin jadi keras.
  5. Isikan adunan hingga 3 suku penuh dalam papercup yang diletak dalam tray muffin. Hiaskan ikut suka.
  6. Bakar selama 15-20 minit bergantung pada jenis oven.
  7. Siap.

    muffin pisang

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi muffin pisang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.