Mencari resepi muffin?

Muffin dan cup cake ialah serupa tapi tidak sama. Dari segi ukuran maupun kaedah memasak lebih kurang sama namun bezanya ialah cup cake lebih manis dan dibuat daripada adunan kek biasa. Cup cake pula biasanya dihiasa dengan topping yang comel.

Sedangkan muffin walaupun tampak sama, tetapi ianya ialah sekelompok roti. Cara penyediaannya pula sama dengan kaedah membuat roti. Muffin kurang penggunaan telur dan juga kurang manis. Muffin pula tidak menggunakan topping yang berlebihan kerana ciri khasnya ialah permukaannya yang retak itu. Muffin dimasak menggunakan loyang muffin.

Resepi membuat muffin daripada Snk Mohammad‎ di laman Facebook ini telah menarik perhatian ramai. Resepi mudah dan cepat untuk membuat muffin telah banyak dicubakan oleh orang ramai. Tentu saja, hasilnya sangat memuaskan.

Muffin biasanya dimakan sebagai sarapan untuk minum pagi dengan secawan kopi. Bahkan di kedai-kedai kopi ternama mereka juga menjual muffin sebagai menu utama. Sila cubakan resepi muffin ringkas dan cepat di bawah ini. Selamat bermuffin hari ini.

Resepi Muffin Choco Chip

muffin coklat

Imej via Facebook

Bahan Kering (A) :

  • 1 ¾ cawan tepung gandum,
  • 1 cawan gula perang,
  • ½ cawan serbuk koko,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 1 sudu kecil baking soda,
  • 1 cawan coklat chip.
    *Semua bahan kering digaul rata.

Bahan Basah (B) :

  • 1 biji telur,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • ½ sudu kecil garam halus,
  • 1 cawan susu segar,
  • 1/3 cawan minyak jagung.
    *Semua bahan basah digaul sebati.

Cara-cara :

  1. Mula-mula campurkan bahan A & B dan gaul sebati menggunakan senduk.
  2. Kemudian masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit @ sehingga masak.
muffin

Imej via Facebook

Suhu oven bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi muffin coklat, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.