Ada tetamu nak datang? Tak tahu nak hidang apa? Buntu? Sebab menu-menu yang terfikir semuanya leceh dan makan masa. Jangan risau kami di bidadari boleh membantu anda. Ini dia menu mudah untuk tetamu sekelip mata sahaja dah siap. Tapi bukan menu biasa-biasa ya. Masih grand orang putih kata. Menunya adalah Mee Rebus Daging. zup zap zup zap siap. Kalau ada periuk pressure cooker macam Noxxa tuh lagilah. Siap boleh berehat tau. Dan yang paling penting bahan-bahannya pun tak susah nak mencari. Ok. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Nasuha Mustaffa
Cara-cara penyediaannya :
1) Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk dan tuang dalam 500ml air (ikut citarasa memasing), masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan letak atas api .
2) Kacau semua bahan sehingga sebati, baru masukkan daging yang telah dipotong, biarkan kuah hingga mendidih, masukkan garam, gula, kiub ayam @ bilis. Masak sehingga ianya secukup rasa.
3) Bancuh tepung gandum @ tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuah yang mendidih. Kacau dan rasa sehingga puas hati. Tutup api dan boleh makan.
Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Mee Rebus Daging ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya.