Juadah mee rebus amat popular di sekitar Malaysia terutamanya di Johor, rasanya yang lemak berkrim sangat lazat dan digemari oleh ramai orang. Cara pembuatannya memerlukan teknik yang betul akan tetapi, sekiranya anda mengikuti langkah – langkah yang diberikan, semestinya juadah ini akan terhasil dengan jayanya sekali.

Jom, kami bawakan anda terus ke Johor melalui juadah yang telah dikongsikan di Aneka Resepi Makanan dan telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Mee Rebus Asli Johor

mi rebus

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan – bahan masakan:

  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering:

  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan:

  • Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  • Daun sup, dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Lada hijau, dipotong bulat
  • Taugeh, dicelur
  • Limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan Mi Rebus Johor:

1. Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  2. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
  3. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

2. Cara-cara untuk Kuah:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  3. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  4. Masukkan rampah kari kacau rata
  5. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

3. Cara untuk menghidang:

  1. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  2. Tuangkan kuahnya.
  3. Kemudian, hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Selain daripada resepi mi rebus ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk share resepi ini bersama kenalan anda juga ya!

 

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.