Sesiapa di sini mahu resepi mee kari yang menjadi tular di internet?
Mee kari adalah antara juadah yang digemari rakyat Malaysia. Ini kerana kandungan bahan bahan yang berlemak dan sedap di dalam mee kari semestinya menarik minat rakyat Malaysia dari dahulu lagi.
Selalu menjadi menu diwaktu majlis kecil kecilan kerana cara pembuatannya yang mudah.
Resepi ini dikongsi oleh Miya Aira dan mendapat komen positif di Facebook.
Sebelum kita mula memasak, kita akan buat stock air udang. Inilah petua untuk menjadikan kuah sedap. Asingkan isi udang dan ambil kepala dan kulit sahaja, rebus sekejap dan kisarkan guna air rebusan tadi sampai hancur, akhir sekali kita tapiskan.
Bahan A (dikisar):
Satukan semua dan kisar sampai halus.
Bahan B
(Bahan penumis)
Bahan C
Nota : Nak lagi sedap tambah isi kerang. Kuantiti lauk diatas ikut suka anda untuk letak banyak mana.
1)
1.1. Panaskan minyak tumis bahan B (bahan penumis ). Minyak haruslah banyak .Tapi mestilah berpada ya.
1.2 Masukkan bahan A (bahan kisar).
1.3 Tumis hingga naik bau.
1.4 Masukkan semua rempah kari ikan + daging.
2)
2.1 Masa ni kecilkan api masak dan kacau rempah sekejap je jangan smpai hangit pulak
2.2 Masukkan segelas air biarkan mendidih.
2.3 Masukan ayam dan pastikan buka api sederhana.
2.4 Masak hingga mendidih atau pecah minyak.
3)
3.1 Masukkan kentang.
3.2 Masukkan air stock udang.
3.3 Masukkan bebola ikan dan kek ikan.
3.4 Masukkan udang
4) Kacau dan kacau masukkan sekeping asam keping.
5) Boleh tambah sedikit air jika pekat. Masak sehingga mendidih.
6) Setelah mendidih masukkan dua kotak kecil santan.
7) Masukan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Sentiasa mengacau supaya santan tak berketul, masak sehingga mendidih sekali lagi.
8) Dah siap. Jika pekat sangat boleh tambah sedikit air. Sebab nanti sejuk kuah jadi pekat. Mee kari sedap jika kuah tak pekat sangat dan tak cair sangat. Pandai2 anda sesuai kepekatan anda suka..
Nota: Kuah cara saya buat ni memang tak muak. Sedap selalu jadi pilihan tetamu saya bila raya..keseluRuhan bahan2 yg dinyatakan di atas sesuai untuk 2 peket kecil mee…dan buat banyak boleh gandakan kuantiti tau
Ianya juga dihidangkan bersama: