Sedap juga kan dapat makan mee hailam waktu hujan begini. Dapat pulak hirup kuah yang pekat dan likat cukup buatkan anda tersandar. Kali ini kami bawakan anda resepi mee hailam yang rasa sama macam dikedai.


Untuk pengetahuan anda juga, mee hailam ini merupakan hidangan masyarakat Cina di Perak. Paling menarik kuah mee hailam ini diperbuat daripada kuah rebusan daging atau tulang untuk menambahkan lagi rasa kuah mee ini.


Kuah mee hailam juga tidak boleh terlalu pekat dan tidak terlalu cair nanti boleh hilang rasa keenakan mee hailam. Sekarang ini nak jumpa mee hailam kebanyakannya ada di kedai Siam.

Jarang kedai melayu yang menghilangkan Mee hailam ini. Tapi jangan risau kami bantu anda dapatkan resepi mee hailam untuk anda cuba. Jom baca perkongsian oleh NorSilah Abdullah yang mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau

Resepi Mee Hailam

Imej via : Facebook

Bahan-bahan

  • 6 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih : -tumbuk lumat
  • 2 sdm cili blender
  • 1/2 sdt lada sulah -boleh tambah kalau suka
  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos tomato
  • 2 sdm sos tiram
  • Sedikit kicap pekat
  • 2 sdm tepung jagung dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah
  • Kicap manis secukupnya
  • 500 gm mee kuning
  • daging hiris nipis
  • Fish ball/fish cake
  • Udang/sotong- tak bubuh
  • 1 ikat sayur kailan
  • 1 paket kecil putik jagung
  • 1 batang lobak merah
  • Sedikit kubis bunga
  • Garam secukup rasa
  • Minyak bijan

Cara penyediaannya

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili dan tumis lagi.
  2. Masukkan daging dan bahan-bahan sos tambahkan sedikit air, masak sehingga daging agak empuk. Masukkan fish ball/fish cake, udang / sotong jika ada.
  3. Masukkan satu liter air nak banyak kuah boleh tambah, masukkan lada sulah dan renehkan kuah sehinnga daging empuk.
  4. . Masukkan sayuran yang keras dulu dan renehkan lagi, last masukkan mee dan sayur kailan juga garam (jika perlu).
  5. Masukkan juga tepung jagung yangg sudah dibancuh. Renjiskan sedikit minyak bijan untuk aromanya, jangan masak lama bila dah masuk mee nanti mee kembang.
  6. Siap.

Resepi Menarik Lain

Menarik dan tertarik bukan resepi mee hailam yang kami kongsikan ini. Pasti anda tak sabar nak cuba. Jangan lupa nak lagi sedap letak lagi banyak lauk dan pekatkan kuah pasti ngam! Oh satu lagi jangan lupa juga share dan like ya. Terima kasih datang singgah di laman web kami. Kami sajikan pelbagai resepi menarik hanya untuk anda.

Penulis: Faten Asnida

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.