Membuat mee goreng bukan hal yang sukar, rebus, tumis dan siap. Begitulah pemikiran semua orang. Namun tidak semua orang mempunyai kepandaian memasak mee goreng yang sedap. Setiap air tangan orang berbeza hasilnya

Maka itu, jika anda yang mencari resepi mee goreng yang sedap dan lebih yakin ketika menghidangkan mee hasilan anda, bolehlah mencuba resepi ini. Resepi mee goreng campak-campak yang sedap dan mudah sangat, dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad‎ di Facebook. Bahkan tampilan gambarnya saja sudah sangat menggoda selera.

Kalau anda menghidangkan mee goreng seperti ini untuk keluarga anda, pasti anda akan menuai banyak pujian dan mesti mereka akan tambah makan dua sampai tiga kali. Tunggu apa lagi. Jom buat resepinya sekarang.

Resepi Mee Goreng Sedap

mee goreng sedap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 mangkuk kecil cili kisar (1/2 cawan)
    2 biji telur
  • Cili sos cap mudim
  • Sos caramel
  • Kicap manis enaq
  • Sos tiram
  • Bawang putih dan merah
  • Cili padi diketuk
  • Sedikit garam
  • Tauhu goreng
  • Ayam, udang @ apa saja jenis seafood
  • Tomato, sayur kubis, taugeh, sayur sawi

Cara Menyediakan :

  1. Celur mee kuning dengan air panas.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Masak sehingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan cili kisar.
  4. Tumis sampai pecah minyak, baru masukkan ayam dan udang.
  5. Kemudian tuang kicap, sos cili, sos tiram dan sos karamel.
  6. Kacau-kacau sekejap dan tambah air sedikit.
  7. Masukkan sedikit garam.
  8. Kemudian masukkan mee kuning.
  9. Masukkan semua jenis sayur yang ada.
  10. Pecahkan telur 2 biji.
  11. Gaul semuanya sampai masak. Mahu tambah kicap pun boleh.
  12. Siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee goreng, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.