Anda mencari resepi mee goreng basah yang sedap dan terangkat? Mari baca resepi yang kami kongsikan kali ini. Iaitu tentang cara memasak mee goreng basah yang gorgeous.

Resepi mee goreng basah yang telah mendapat perkongsian ramai ini patut anda cuba. Resepi dikongsikan oleh Fayad Gojez di laman Facebook. Sedap sungguh tampaknya mee goreng basah ini.

Makan mee goreng basah panas-panas sebagai hidangan makan malam lagi sedap. Mee dihidangkan dengan pelbagai seafood seperti udang dan sotong, ada pula fish ball dan juga bermacam sayur semakin membuat mee menjadi makin menarik.

Sedap sungguh rasanya jika dapat makan mee goreng basah hari ini. Sila simpan resepi ini dan masak mee goreng basah bila-bila masa. Selamat memanjakan selera.

Resepi Mee Goreng Basah

mee goreng basah

Imej via Facebook

Bahan- bahan :

  • Mee kuning 1 bungkus dibilas dan ditos,
  • Sotong 10 ekor dibersihkan, dipotong dan ditos,
  • Fish ball 1 paket dibersihkan, dipotong dan ditos,
  • Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan, dipotong dan ditos,
  • Tomato 1 biji dibersihkan dan dibelah 6,
  • Cili kisar 4 sudu besar,
  • Sos cili 5 sudu besar,
  • Sos tiram 1 sudu besar,
  • Sos ikan 1 sudu besar,
  • Kicap pekat 1 sudu besar,
  • Kicap manis 5 sudu besar,
  • Kicap mee 2 sudu besar,
  • Air putih 1 cawan kecil,
  • Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis,

Bahan-bahan Tumbuk :

  • Cili api 10 biji,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat.

Cara-cara :

  1. Mula-mula panaskan kuali dan masukkan minyak masak 2 sudu besar.
  2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee. Gaul rata.
  4. Lalu masukkan sotong, fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil. Masak dan kacau-kacau bagi sebati.
  5. Kemudian masukkan sayur dan kacau lagi.
  6. Jika sayur sudah layu, masukkan mee kuning dan tomato.
  7. Sentiasa kacau bagi sebati sehingga masak. Siap.
  8. Tidak perlu garam atau aji kerana kicap sudah ada perasa.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi mee goreng basah, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.