Bagi golongan bujang, student dan keluarga yang agak susah, sardin tin boleh dikatakan antara makanan yang sering di masak selain telur dan sayur. Yela kan. Satu tin sardin tuh dah ada beberapa ketul ikan dan harganya tak sampai RM5 pun. Ada yang boleh dapat lagi murah pada tuh. Yela bergantung pada jenama kan? Jadi kalau dah kerap kali makan sardin tin nih. Mahu muak juga kan? Tapi tak ada pilihan kan dek kekangan masa dan kewangan. Jangan risau, nak elakkan rasa jemu dan rasa nak meriah sikit, sardin tin nih sebenarnya boleh diolah tau. Contohnya, Masak Lemak Cili Api Sardin Tin. Cara masakan masih sama seperti masak lemak biasa. Cumanya lauk segar digantikan dengan ikan sardin tin tersebut.

Jadi, kali ini, kami kongsikan resepi Masak Lemak Cili Api Sardin Tin untuk karipap warisan keluarga dari saudari Cik Shaf yang dimuatnaik di laman facebook untuk perkongsian umum.  Jom kita lihat resepi beliau.

Resepi Masak Lemak Cili Api Sardin Tin

Resepi Masak Lemak Cili Api Sardin Tin

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Sardin 1 tin
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili api segenggam
  • Serai sebatang (dititik)
  • Kentang sebiji (optional)
  • Santan (saya guna sebiji kelapa parut)
  • Asam keping
  • Secubit garam

Cara-cara penyediannya:

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup.
  2. Masukkan cili yang dah ditumbuk bersama serai, santan, kentang. Kacau sehingga agak mendidih.
  3. Masukkan ikan sardin ke dalam kuah, gaul perlahan (jangan ganas sangat, nanti ikan hancur). Biarkan mendidih sekali lagi. Masukkan kuah sos tomato sekali. Kalau tak suka masam sangat, masukkan ikan saja atau boleh dikurangkan kuah tomato tu)
  4. Bila kentang dah agak empuk, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.

Siap. Mudahkan? Betulkan resepi ini sangatlah sesuai untuk yang bujang-bujang atau family yang nak berjimat kan?

Selain daripada resepi  ini, terdapat pelbagai resepi yang anda boleh cuba untuk variasikan hidangan anda. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda ya! Selamat mencuba!

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.