Jemput abca artikel resepi makanan bayi 10 bulan. Bayi berusia 10 bulan, sudah memiliki lebih banyak gigi susu yang comel-comel, membuatkan mereka mampu untuk mengunyah makanan enak yang bertekstur padat. Memberi makanan padat yang telah dipotong-potong (finger food) seperti buah pear atau puding.
Selain mengenyangkan, finger food juga akan membantu bayi anda mengembangkan kemampuannya dalam menggenggam sesuatu di tangan. Pergerakan bayi memegang makanan dan memasukkan makanan ke dalam mulut boleh melatih koordinasi motor halusnya.
Usia 10 bulan adalah saat yang tepat untuk memperkenalkan pebagai jenis makanan pada bayi anda seperti lebih banyak jenis buah, sayuran, biji-bijian, dan daging. Namun, ibu bapaperlu hati-hati dengan makanan yang dapat menyebabkan bayi tersedak, seperti kismis, anggur atau kekacang.
1) Biskut Pisang
Bahan-bahan:
50g pisang lenyek
35g tepung jagung
2 biji putih telur (Gred A)
½ sudu kecil jus lemon
Cara Penyediaan:
Kupas dan belah 2 pisang dan buang bijinya. Ini bertujuan agar biskut tidak menjadi warna gelap disebabkan biji pisang.
Adun sebati pisang lenyek dan tepung jagung.
Dalam bekas, pukul telur putih bersama jus lemon sehingga kembang. (Apabila terbalikkan bekas, putih telur tidak jatuh)
Ambil 1/3 putih telu dan pukul bersama adunan pisang sehingga sebati.
Kemudian masukkan 2/3 telur putih ke dalam aduan pisang. Guna spatula untuk kaup balikkan adunan sehingga sebati.
Masukkan dalam piping bag, dan buat bentuk ikut suka.
Panaskan oven 120°c, kemudian bakar biskut pada suhu 100°c selama 50-60 minit.
Mula-mula masukkan air ke dalam periuk dan rebus semua bahan bertanda *
Apabila lobak merah dan kentang sudah empuk, masukkan pula makaroni dan tambahkan dengan sedikit serbuk ikan bilis. Biarkan seketika sehingga sup mendidih dan padamkan api.
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.