Malam-malam hujan, tidak boleh pergi pasar malam. Tapi jam 9 lapar sangat. Apa kata makan maggi goreng mamak? Tapi mahu masak tak pandai, mahu beli tapi malas pula pergi keluar. Mesti anda pernah berada dalam keadaan seperti itu kan?

Sudahlah tak perlu gundah gulana, daripada pergi beli maggi goreng di kedai mamak seporsi harga RM 4.50 sen, lebih baik anda buat sendiri di rumah.

Soal resepi dia? Ini kami sediakan resepi maggi goreng mamak simple mimple namun sedap sangat. Resepi perkongsian daripada Wan LuQman‎ di Facebook.

Ramai tak yang mahu cuba buat maggi goreng separuh mamak sedap ini? Lepas ini boleh lah hidangkan maggi goreng untuk keluarga di rumah. Makan maggi goreng bersanding dengan nescafe ais. Pergh mamak style sangat!

Senang saja buat maggi goreng mamak ini. Lebih berbaloi dan lebih puas makan kalau bikin sendiri. Jom tengok resepi mudahnya di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Maggi Goreng Mamak

maggi goreng mamak

Imej via Facebook

Bahan-bahan:

  • Maggi direbus
  • Bawang merah hiris
  • Bawang putih hiris
  • Cili api 3 tangkai (ikut suka)

Cara Menyediakan :

  1. Tumis bahan-bahan selain maggi. Tumis sehingga wangi.
  2. Setelah wangi, masukkan maggi.
  3. Kemudian masukkan cili kisar.
  4. Kicap cair atau kicap masin.
  5. Masukkan perencah maggi kari jangan banyak sangat dan secubit gula.
  6. Pecahkan sebijik telur dan sedikit kicap manis untuk bagi warna tampak menyelerakan.
  7. Akhir sekali bubuh kuchai atau letak kobis, carrot, taugeh dan cucur udang.
  8. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi maggi goreng mamak, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.