Aduhai banyaknya lebihan nangka masak. Tak larat dah nak makan mentah? Jangan tak tahu nangka pun boleh dijadikan lepat tau. Walaupun jarang nampak, tapi lepat nangka ini wujud dan ada yer.

Lepat nangka dibuat menggunakan bahan asas nangka yang dipotong, tepung, gula, garam dan santan. Ciri khas lepat ialah dibungkus dengan daun pisang. Ingat ya daun pisang kena dilayurkan terlebih dahulu dengan api. Aroma wangi daun pisang inilah nanti yang menyatu dengan rasa sedap lepat. Shiowla

Beza lepat nangka dengan kebiasaan lepat yang lain seperti lepat ubi, lepat pisang dan sebagainya, adunan nya dimasak terlebih dahulu dan tidak perlu dikukuskan. Apabila adunana telah siap dimasak hanya tinggal dibungkuskan dan dibiarkan sejuk sahaja. Mudahkan?

Jom buat lepat nangka berdasarkan resepi daripada Hajah Zainab Bt Mawan di laman Facebook . Resepi sangat-sangat mudah. Hanya dengan tiga langkah. Selamat mencuba.

Resepi Lepat Nangka

lepat nangka

Imej via Facebook

Bahan-bahannya:

  • 4 cawan santan
  • 2 cawan nangka yang telah dihiris dadu
  • 1 cawan gula (Kurangkan jika nak kurangkan manis)
  • 1 cawan tepung jagung
  • Garam

Cara-caranya:

  1. Kacau dalam kuali menggunakan api yang sederhana sehingga cukup masak (likat, berkilat dan meletup-letup). Shiowla
  2. Angkat dan balut kemas kemas dengan daun pisang yang telah dilayurka.
  3. Siap sedia untuk dihidang. Tak perku kukus lagi tau.

Mudahkan? Nak lagi sedap, masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimakan. Selain jadi kuih lepat yang tradisional, boleh jadi dessert tau kalau sejuk-sejuk nih. Kalau nak jadikan dessert, hanya perlu masukkan ke dalam bekas ala-ala puding macam tuh. Nak lagi cun, hiaskan dengan hirisan nangka di atasnya. Bolehlah dijadikan menu dessert untuk dihidangkan kepada tetamu. Shiowla

Sedikit tips. Nangka sedia ada sudah terasa manisnya. Jadinya sukatan gula biarlah berpada ya. Bukan apa, takut nanti terlebih pula manisnya. Dah jadi kurang sedap. Lagipun tak bagus untuk kesihatan. Kurangkan manis dalam makanan dan minuman, lebihkan manis dalam senyuman tau. ahaks.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi lepat nangka, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Shiowla

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya

Penulis: Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.